SELAKU penjawat awam dan bergelar menteri, perkara seperti ini bukanlah perkara yang remeh. Menteri mesti menjukkan semangat penyatuan melalui semangat dan nilai kebangsaan. Jadi bahasa kebangsaan mesti digunakan tanpa dicampur aduk dengan bahasa-bahasa lain, sebagai alat penyatuan nasional.
Negara kita ada bahasa kebangsaan dan sepatutnya semua komunikasi utama adalah menggunakan bahasa kebangsaan dan bukan bahasa-bahasa lain. Ini bukan nak merendahkan bahasa-bahasa lain tetapi bahasa kebangsaan adalah bahasa negara dan imej negara. Pemimpin-pemimpin negara lain dengan bangganya menggunakan bahasa kebangsaan mereka sepenuhnya, apakah kita tidak begitu?
Kalau seorang menteri tidak menghormati bahasa kebangsaan apatah lagi rakyat yang lain kerana pemimpin negara sendiri memberikan contoh dan mesej yang salah dengan memeandang remeh isu bahasa kebangsaan.
Kita konsisten menuntut Perdana Menteri dan semua menteri kabinet untuk menggunakan bahasa kebangsaan dalam semua bentuk komunikasi formal. Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) perlu tegas mengingatkan menteri-menteri dalam hal ini terutamanya mengenai akta bahasa kebangsaan.
Janganlah memandang remeh pada isu bahasa kebangsaan ini kerana bahasa kebangsaan adalah bahasa negara, bahasa penyatuan.
Wallahu’alam.
Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
Saya merujuk kepada poster dwibahasa Yang berhormat Datuk Seri M. Saravanan, Menteri Sumber Manusia sempena sambutan…
Posted by Thinalan T Rajagopalu on Rabu, 1 April 2020