Isu Rohingya: Jangan lupa isu kebanjiran pelancong China dan India

BANGI, 27 April – Ketua Pemuda Isma, Arifin Manan menasihat pihak-pihak tertentu supaya tidak mengalihkan perhatian tentang isu kebanjiran pelancong China dan India yang tidak pulang ke negara asal dengan cerita pelarian Rohingya.

“Isu pelarian Rohingya segaja dijadikan topik utama untuk mengalihkan pandangan mengenai desakan kepada kerajaan supaya menyiasat kebanjiran rakyat China dan India yang terlampau banyak bahkan sehingga mendapat kad pengenalan secara haram,”katanya.

Ujarnya, dengan itu jangan mudah terpedaya dengan isu Rohingya, sedangkan mengikut data Ketua Audit Negara 2018 menunjukkan seramai 79 799 orang pelancong China dan 41 245 orang pelancong India tidak mempunyai rekod pulang ke negara asal.

Oleh itu, Arifin menggesa kerajaan untuk menyiasat segera keadaan ini kerana ianya melibatkan isu keselamatan dan kedaulatan negara.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat