Guru atau cikgu mempunyai kedudukan sangat tinggi dalam budaya masyarakat Melayu. Mereka penyampai ilmu, pendidik anak bangsa, pewaris Nabi!
Sebab itu kita lihat orang Melayu lama yang tinggi adab serta kesopanan budaya hidup mereka amat menghormati kerjaya ini
Seseorang itu dipanggil cikgu sampai mati. Tidak seperti panggilan Prof dan Ir yang ada tempoh sahnya bagi para ahli akademik dan jurutera professional
Mereka menjadi tokoh masyarakat, pakar rujuk dan qudwah dalam komuniti. Mereka hidup bersama dan menyantuni ibu bapa kepada anak-anak murid mereka. Mereka mengambil berat dan terus menyimpul silaturrahim dengan bekas-bekas anak murid. Mereka adalah ‘cikgu’ pada karakter peribadi bukan pada jawatan kerja semata-mata
Hari ini jika kita sudah mula pandang lekeh dan hilang rasa hormat terhadap cikgu, bermakna kita telah jauh lari dari ciri asal yang ideal bagi orang Melayu dan orang Islam
Semoga dijauhkan kerosakan ini dari kalangan kita. Ameen.
Ir. Ts. Lukman Al Hakim
JKP ISMA