Jangan Remehkan Usaha Boikot, Usaha Semampu Mungkin Bebaskan Palestin

Hari demi hari mula menurun semangat kita dalam mengangkat isu Palestin. Kalau awal dahulu kita begitu berhati-hati memilih barangan dan perkhidmatan yang dibekalkan oleh penyokong zionis laknatullah alaihim, sekarang sudah mula usaha daripada pihak tertentu yang menimbulkan keraguan kepada usaha umat Islam dan seluruh masyarakat dunia yang bersimpati dengan penduduk Palestin yang dizalimi.

Memanglah kalau kita teliti satu per satu produk dan perkhidmatan utama (mainstream) yang ditawarkan di pasaran, rata-rata mempunyai kaitan dengan pendokong zionisme kejam tersebut. Namun, kaedah feqah ada menyebut; kalau tak dapat buat semua jangan tinggal semua (ما لا يدرك كله لا يترك جله).

Ada beberapa “Barangan Israel” yang kita memang terpaksa pakai atas sebab-sebab tertentu, tak mengapalah. Tapi jangan dihina usaha memboikot yang nyata telah memberikan kesan kepada zionis itu.

Saya teringat pesanan al-marhun Syeikh Yusuf al-Qaradawi yang menyatakan tentang kaedah untuk kita berurusniaga dengan pelaku dosa besar. Sepatutnya kita berurusniaga dalam keadaan yang terhad berdasarkan keperluan sahaja. Hari ini dosa yang sangat besar sedang dilakukan oleh zionis dan konco-konconya; menghapuskan etnik dan bangsa Palestin sebagai penduduk asal termasuk bayi dan anak-anak yang tidak berdosa.

Seharusnya kita kena istiqamah dalam bab boikot ini. Biar mereka kehabisan wang untuk belanja perang tersebut. Teruskan usaha kita walaupun dilihat kecil. Sesungguhnya amalan yang disukai Allah swt adalah amalan yang berterusan walaupun sedikit (HR Bukhari).

Palestin, kami akan terus bersamamu sehingga Allah memberikan kemenangan!

Ustaz Muhammad Shahier Sa’min
Naib Presiden ISMA (Ketua Jabatan Dakwah)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat