Jelajah Sukarelawan Muda

Oleh : Mohd Norsi Bin Shuko
SEREMBAN, 16 September – Pemuda Isma Seremban dengan Kerjasama Yayasan Maghfirah dan Geng Ngaji telah menjayakan program anak muda bersama masyarakat.
Program Jelajah Relawan muda ini telah disertai lebih 30 orang pemuda dan remaja sekitar Seremban, bermula dari Seremban berkumpul dan membungkus barang keperluan asnaf, kemudian kumpulan Jelajah Relawan Muda ke Rembau untuk menyampaikan bantuan.
Sukarelawan sedang membungkus bantuan untuk asnaf
Selesai penyampaian bantuan di Rembau, Jelajah Relawan Muda diteruskan ke Tanjung (Nama asal Port Dickson) bagi menjayakan kempen “Kembalikan Nama Asal, Hapuskan Jejak Penjajah”.
Program bersempena Hari Malaysia ini bertujuan bagi menyedarkan anak muda tentang keprihatinan kepada masyarakat setempat, mengajar erti kesusahan dan keperitan menjalani hidup seharian bagi yang kurang berkemampuan, juga mengajar erti sebuah kesyukuran dalam apa jua keadaan.
Disamping itu, Program Jelajah Relawan Muda anjuran Pemuda Isma Seremban berjaya menjalankan kempen bersama-sama dengan NGO Pembela bagi kempen “Kembalikan Nama Asal, Hapuskan Jejak Penjajah” yang berlansung di Tanjung, ia bagi menyemarakkan sifat cintakan tanah air dan menghapuskan segala perkara tinggalan penjajah buat pemuda yang menyertai program kali ini.
Pemuda Isma Seremban berharap pada program Relawan Muda akan datang, lebih ramai anak muda sekitar Seremban menyertainya bagi sama-sama membantu golongan yang memerlukan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat