Kaedah pick up di bazar bakal dedahkan orang awam kepada Covid-19 – iMedik

BANGI, 15 April – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam ucapannya kepada media tidak bersetuju dengan kaedah pick up di bazar Ramadan kerana bakal menyusahkan pihak polis yang melakukan sekatan jalan raya.

Perkara tersebut mendapat perhatian Timbalan Presiden Persatuan Pengamal Perubatan dan Kesihatan Muslim Malaysia (I-Medik), Prof. Dr. Azizi Ayob yang juga tidak bersetuju dengan kaedah pick up ini.

“Membenarkan pertemuan untuk pick up beli barangan secara skala besar oleh pelanggan kerana waktu bazar adalah dalam sebelum berbuka, polis akan mengalami kesukaran,” katanya.

Tambahnya lagi, konsep pick up ini bakal memberi alasan besar kepada orang awam untuk keluar.

”Dalam keadaan sekarang pun tempat tertentu masih ramai pihak yang keluar rumah tanpa alasan kukuh, sehingga polis terpaksa keluarkan lebih 1000 kompoun kesalahan melanggar PKP,” katanya lagi.

Uajarnya tujuan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) adalah untuk memutuskan rantaian COVID-19 dikalangan masyarakat dengan mengawal pergerakan supaya rakyat tidak keluar sesuka hati.

Namun begitu Dr. Azizi mencadangkan agar menggunakan kaedah ‘runner’ pada zone masa tertentu dan membuat pesanan awal dalam talian perlu diperhalusi supaya sistem e-bazar ini tidak menyebabkan pendedahan COVID19 kepada semua pihak.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat