Kebiadaban yang diulang-ulang

BANGI, 30 Jun – Insiden seperti menaikkan Jalur Gemilang terbalik, menaikkan bendera 5 bintang, hartawan menghina Angkatan Tentera Malaysia yang hanya makan dan tidur, kes rakyat Malaysia menghina lagu negaraku, rakyat Malaysia menghina YDP Agong dan kes seludup debu mayat Chin Peng serta banyak lagi kejadian yang melambangkan kebiadaban pihak tertentu yang berlaku berulang-kali.

Menurut Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Prof. Hj Zainur Rashid Zainuddin kes dan kejadian sebegini tidak boleh diambil ringan dan menganggap ia kejadian terpencil.

Tetapi individu dan pihak yang terbabit mesti disiasat oleh pihak berkuasa, didakwa dan seharusnya dihumban ke dalam penjara.

”Kegagalan berbuat demikian menyebabkan golongan yang biadab ini naik lemak dan berani pijak kepala. Kebiadaban dan keangkuhan mereka mesti diajar secukupnya,” katanya.

Tambahnya lagi kerajaan mesti berani dan segera bertindak tegas sebelum siri kejahatan ini menenggelamkan identiti sebenar Malaysia sebagai sebuah negara Islam, kedaulatan raja-raja, hak istimewa Melayu dan bumiputera, dan kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat