Hakikatnya kita semua pendosa. Tidak terlepas dari kelalaian, kealpaan dan maksiat. Kita semua bukan maksum. Rasa berdosa itulah yang menjadikan kita merasa hina. Namun, Allah tutup aib kita sehingga manusia lain pandang mulia.
Namun, jangan sesekali berasa mulia itu adalah kerana diri kita. Kerana manusia hakikatnya tidak mempunyai apa-apa dan semuanya pinjaman yang akan dikembalikan semula kepada Sang Pencipta.
Sekiranya rasa hina itu menjadikan kita dekat kepada Allah dan membuatkan kita selalu bertaubat serta berlumba-lumba dalam beramal, teruskan merasainya kerana asal usul kita juga adalah dari sesuatu yang hina lalu Allah angkat menjadi sesuatu yang mulia. Malang bagi mereka yang melupai asal usul kejadian diri dan hidup dalam penipuan ilusi ciptaan sendiri.
————————————————-
KEHINAAN
Kehinaan buat aku rasa aku pendosa TEGAR
Kehinaan buat aku rasa jauh dari syurga
Kehinaan buat aku rasa tak mulia
Kehinaan buat aku rasa nak mati cepat sebab takutkan dosa yang banyak
Kehinaan buat aku rasa bersungguh dalam nak beramal
Kehinaan buat aku lebih ikhlas
Kehinaan buat aku rasa jauh dari rasa hebat,
Jauh dari rasa riak, ujub dan bangga
Kehinaan, marilah dekat dengan aku
Agar aku sentiasa sedar aku ini hina
Insan yang tak punya apa-apa melainkan hanya ada Allah yang boleh mengampunkan aku.
Kehinaan menjauhkan aku dari merasa kebanggaan manusia
Kehinaan buat aku rasa tiada rasa bila dipuji
Kehinaan buat aku rasa pujian bukan untuk aku
Kehinaan buat aku rasa lega
Aku hanya hamba yang hina dan pendosa tegar
Ampunkan aku ya Allah
Nukilan: NJ