Kem Huffaz Cilik Ajar Anak-Anak Menghayati Al-Quran

Oleh : Nur Aminah Shahirah binti Mohd Karno

BATU PAHAT, 21 Dis- Kem Huffaz Cilik anjuran Kelab Anak-anak Hebat (Nazim) Batu Pahat telah dirasmikan Yang Dipertua Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Batu Pahat, Encik Zulkiplee bin Hassan baru-baru ini.

Selari dengan tema program, Kem Huffaz Cilik membawa para peserta menghafaz dan menghayati surah al-Qariah dan Al-Zalzalah yang berkaitan dengan kejadian hari Qiamat.

Di samping itu, program ini dapat mengasah minda kanak-kanak tentang kejuruteraan saintis dan kerjasama dalam kumpulan untuk menyiapkan sebuah binaan yang kukuh.

Menurut pengarah program Cik Sabrina Mohamad Johari, “Aktiviti-aktiviti dalam program ini dapat mencungkil bakat dan kreativiti anak-anak seterusnya membina keyakinan diri mereka.”

Bertepatan isu keselamatan kanak-kanak yang agak membimbangkan, kanak-kanak diberi peringatan langkah-langkah menjaga keselamatan diri terutamanya ketika berhadapan dengan perbuatan sentuhan anggota sulit daripada orang luar melalui salah satu slot dalam kem ini.

Program kali ini telah melibatkan 70 orang peserta menerusi slot hafazan surah, ilmu sains dan kreativiti setiap kumpulan.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat