KENYATAAN MEDIA
ISMA SOKONG IDEA GRAND COALITION DENGAN CADANGAN TAMBAHAN
Merujuk kepada kenyataan yang dikeluarkan oleh Tan Sri Annuar Musa berkenaan ‘grand coalition’ yang disiarkan di Facebook rasmi Tan Sri Annuar Musa semalam https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=3613282885400084&id=133347436726997, Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) dengan ini menyambut baik cadangan tersebut dengan beberapa cadangan tambahan.
Pembentukan ‘grand coalition’ ini jika berlaku boleh digunakan sebagai ruang untuk meneliti idea-idea baru dan segar yang ada pada badan-badan yang dianggap kecil. Pendekatan yang berpusing pada idea dan gerakerja lama, mungkin tidak lagi sesuai untuk fasa yang lebih mencabar di masa akan datang.
Pada masa yang sama, Isma juga mencadangkan agar ‘grand coalition’ itu tidak hanya terhad kepada gabungan parti-parti sahaja. Sebaliknya beberapa badan dan tokoh yang juga mempunyai pengaruh akar umbi perlu dilibatkan sekali kerana ia akan lebih menggarap kekuatan yang ada pada ummah. Tidak semua orang di Malaysia mempunyai kecenderungan kepada parti tertentu. Sebahagiannya lebih terikat dengan halatuju ngo atau tokoh-tokoh tertentu.
‘Grand coalition’ ini juga sepatutnya digunakan sebagai senjata serampang dua mata. Di samping disusun untuk merebut kepimpinan negara, ia juga mesti digunakan untuk mematikan pengaruh Dap dan sekutunya jika masih ada di dalam parti-parti gabungan. Penyusupan idea Dap dan sekutunya di dalam parti-parti gabungan jika berlaku hanya akan menggagalkan kesepatan ummah ini.
Wallahu a’lam
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Timbalan Presiden Isma
17 November 2020