KENYATAAN MEDIA : Kenakan tindakan tegas kepada penganjur acara tidak bermoral

KENYATAAN MEDIA
Kenakan tindakan tegas kepada penganjur acara tidak bermoral

1. Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) menyokong pembatalan penganjuran Thai Hot Guy iaitu sebuah persembahan sekumpulan pelayan lelaki berbadan sasa dari Thailand di Kuala Lumpur.

2. ISMA berpendapat, pesta maksiat yang dibawa daripada negara luar ini jelas mencemari kesucian Ramadan, dan tidak sesuai dengan budaya masyarakat Malaysia yang bersopan-santun.

3. Ramadan adalah bulan yang sepatutnya kita promosikan perkara kebaikan tetapi maksiat yang mengundang murka Allah swt pula yang dicanangkan. Rasulullah saw dalam sebuah hadis menyeru kepada mereka yang ingin melaksanakan kejahatan agar memberhentikan atau menahan diri mereka kerana datangnya bulan Ramadan (ويا باغي الشّر اقصر).

4. Umum mengetahui, penganjuran acara sebegini, kerap kali diadakan, ianya akan dibatalkan apabila tular di media sosial dan menerima kecaman masyarakat.

5. ISMA ingin mempersoalkan sikap sesetengah pihak atau penganjur yang suka mengadakan acara yang menyentuh sensitiviti agama dan budaya di Malaysia.

6. Oleh itu, ISMA mencadangkan agar kerajaan dan pihak berkuasa lebih tegas mengambil tindakan kepada mana-mana pihak yang cuba menganjurkan parti atau acara yang tidak bermoral ini.

7. Tahniah kepada masyarakat Malaysia berbilang agama yang sepakat menolak acara tidak bermoral ini. Sikap masyarakat yang bersatu padu serta bermuafakat menegakkan kebenaran ini adalah salah satu ciri yang ummah fadhilah yang ISMA tekankan.

8. Syabas ISMA ucapkan kepada kerajaan yang tegas dengan pendirian tidak menyokong acara seperti ini.

Ustaz Muhammad Shahier Sa’min
Naib Presiden ISMA
27 Mac 2023

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat