- ISMA melihat isu pelarian Rohingya sebagai suatu isu kemanusiaan antarabangsa yang perlu pembelaan oleh semua pihak menurut kemampuan masing-masing.
- ISMA turut berpandangan bahawa penolakan kerajaan Malaysia terhadap kemasukan pelarian Rohingya ke negara ini perlulah diambil sebagai jalan penyelesaian terakhir setelah diusahakan jalan yang lain.
- Berkaitan dengan kejadiaan di Perairan Langkawi baru-baru ini, ISMA merasakan bahawa anggota keselamatan dan penguat kuasa Malaysia melakukan suatu yang betul dan terpuji apabila bertindak menyelamatkan pelarian Rohingya atas dasar kemanusiaan dari bot yang segaja dibocorkan.
- Pada dasarnya, ISMA bersetuju dengan sikap kerajaan Malaysia yang berhasrat untuk menghantar semula pelarian yang diselamatkan di perairan Langkawi baru-baru ini ke Bangladesh atau negara-negara ketiga. Adalah wajar bagi pihak kerajaan memberi tumpuan kepada warganegara sendiri yang sedang begelut dengan krisis akibat pandemik COVID-19.
- Dalam masa yang sama, ISMA berharap agar kerajaan tidak mengabaikan kebajikan pelarian-pelarian Rohingya yang telah berada di dalam negara, yang dilaporkan berjumlah sekitar 200 ribu orang.
- Kerajaan harus meningkatkan usaha di peringkat serantau dan antarabangsa untuk memastikan penyelesaian terbaik dan tuntas terhadap nasib mereka dapat dicapai. Ini termasuk memberi tekanan kepada Myanmar supaya menghentikan polisi-polisi yang zalim terhadap etnik Rohingya ini seterusnya mengembalikan hak kewarganegaraan kepada mereka.
- Pihak Suruhanjaya Tinggi Bangsa-Bangsa Bersatu Mengenai Pelarian (UNHCR) turut diseur untuk meningkatkan usaha, berkerjasama dengan pihak kerajaan dan juga pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGOs) untuk memastikan hak-hak kemanusiaan pelarian-pelarian ini dapat dipenuhi.
Ustaz Hj. Muhammad Fauzi Asmuni
Timbalan Presiden Isma
12 JUN 2020