KENYATAAN MEDIA : Tetap Pertahan Keislaman Anak-Anak Loh

KENYATAAN MEDIA

Tetap Pertahan Keislaman Anak-Anak Loh

1. Kegusaran Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) terhadap tindakan Loh Siew Hong mencabar keislaman ketiga-tiga anaknya akhirnya menjadi kenyataan.

2. ISMA kecewa dengan situasi ini kerana Loh Siew Hong sendiri pernah berjanji akan menerima anak-anaknya walaupun beragama Islam.

3. ISMA beranggapan ada pihak-pihak tertentu yang telah menghasut dan menasihati Loh Siew Hong supaya mencabar keislaman anak-anaknya di mahkamah, niat mereka amat jelas dan konsisten.

4. Oleh itu, ISMA akan tetap bersama-sama memastikan anak-anak Loh Siew Hong kekal Islam kerana mereka sah sebagai mualaf seperti mana tertakluk pada Seksyen 117 (b) Enakmen Pentadbiran Agama Islam 2006 Negeri Perlis.

5. ISMA juga mahu supaya, anak-anak Loh Siew Hong dilindungi atau dijaga oleh ibu atau ayah yang beragama Islam. Jika mereka tidak mampu pihak berkuasa agama negeri wajib mengambil tanggungjawab tersebut.

6. Sekali lagi, ISMA bertegas tidak akan sesekali memberi ruang kepada mana-mana pihak yang cuba untuk mengeluarkan tiga beradik tersebut dari Islam.

 

Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia
2 Ogos 2022

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat