Kes Pencerobohan Tanah Raub Tangguh

Hari ini saya dan rakan-rakan hadir ke mahkamah untuk mendengar sendiri keputusan bagi kes pencerobohan tanah Raub oleh pekebun haram Durian Musang King yang sepatutnya diumumkan hari ini setelah sekian lama tertangguh.

Apa yang mengecewakan kita ialah kes ini ditangguh lagi ke 23 Disember 2020 kerana kononnya terdapat afidavit baru pada saat-saat akhir.

Ini bermakna mereka yang menceroboh ini akan masih lagi bebas dan notis pengosongan tanah yang dikeluarkan beberapa bulan lalu masih tergantung kerana kes ini tertangguh lagi di mahkamah.

Bagi saya, perkembangan ini menggambarkan kepada kita seolah-olah kerajaan negeri Pahang tidak serius dalam kes ini di mana sepatutnya peguam-peguam yang lebih berpengalaman dan berwibawa diketengahkan oleh pihak kerajaan.

Jika penangguhan ini adalah strategi untuk melemahkan kami, maka itu adalah satu kesilapan kerana ini adalah gelombang rakyat. Ingat, semakin ditekan semakin itulah rakyat akan bangun.

Kita juga menuntut agar SPRM meneruskan siasatan jika terdapat sebarang salahlaku walau apapun keputusannya nanti kerana mana mungkin pencerobohan ini dapat dilakukan puluhan tahun tanpa ada tangan-tangan yang ‘melindungi’ penceroboh-penceroboh ini.

Kita tunggu dan lihat apa yang terjadi 23 Disember 2020 ini pula nanti.

 

Aminuddin Yahaya
Presiden ISMA / Pengerusi PEMBELA
9 Disember 2020

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat