Kesihatan dan Masa Hadapan Generasi Muda Lebih Utama dari Tajaan Dana dan Material.

Tindakan membenarkan penglibatan syarikat minuman keras, rokok dan vape memberikan sumbangan dana secara terbuka untuk tujuan tajaan penganjuran aktiviti pelajar mahupun membina prasarana sekolah adalah satu tindakan yang tidak bertanggungjawab.

Tindakan ini mendedahkan pelajar di peringkat sekolah kepada satu bentuk promosi kegiatan aktiviti berisiko tinggi dan bertentangan dengan budaya sihat dan selamat yang ingin diperkasakan di peringkat sekolah.

Seumpamanya, kita rela mengorbankan kesihatan dan masa hadapan generasi muda demi habuan wang dan material. Apalah guna bangunan dan fasiliti sekolah yang hebat tersergam indah, namun neraca nilai dan moral pelajar runtuh dan dirosakkan.

Semoga semua pihak berdiri teguh dalam mempertahankan institusi pendidikan dari sebarang bentuk penyebaran pengaruh negatif termasuk mempromosikan minuman keras.

Dr. Norbaiyah Mohamed Bakrim
Ketua Wanita ISMA Indera Mahkota

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat