Keupayaan ISMA Sebagai Entiti Berpengaruh

1. Menurut kajian yang dijalankan, Hew Wai Weng (Felo Penyelidik UKM) berpandangan bahawa ISMA mempunyai keupayaan untuk mempengaruhi minda golongan urban kelas pertengahan Muslim dalam mengubah pendirian mereka terhadap kerajaan PH.

2. Beberapa kempen yang digencarkan secara online melalui laungan agenda “Undi Calon Muslim Berwibawa” dan Gerakan Pengundi Sedar mempunyai potensi mengubah pandangan umum masyarakat Muslim. Manakala gerakan bersifat Offline (pergerakan fizikal) pula dilihat berhasil melalui kempen Anti-ICERD yang turut menghimpunkan dua parti gergasi Muslim iaitu PAS dan UMNO.

3. Pada tahun 2018, kelunakan PH menyantuni golongan LGBT sehingga terzahirnya perarakan LGBT di Kuala Lumpur mencetuskan kemarahan Muslim. Kempen menolak Sijil UEC yang ingin diiktiraf oleh kerajaan PH turut membina momentum kesatuan orang Melayu.

4. Manakala pada tahun 2019, usaha ISMA dalam perjuangan mempertahankan penggunaan Jawi yang ditolak oleh Dong Zong dan kaum Cina memperkukuh lagi kesatuan Melayu Muslim untuk menolak PH. Ini ditambah lagi dengan kempen galakan membeli produk Muslim (BMF) yang ditolak mentah-mentah oleh Menteri-Menteri PH melalui kenyataan mereka.

5. Pada hakikatnya, kajian yang dijalankan oleh Hew Wai Weng ini mendedahkan betapa banyaknya isu yang gagal dikendalikan dengan baik oleh PH dan sekutunya. Kegagalan slogan Rahmah yang dilihat memberikan kelunakan dalam isu yang bercanggah dalam Islam menimbulkan kegelisahan masyarakat Muslim.

6. Satu lagi persepsi yang tidak terlihat adalah usaha pembangunan kader dakwah ISMA melalui tarbiyyah zatiyyah. Setiap gerakan dakwah harus mengutamakan pembinaan jati diri pendakwah sebelum menggerakkan usaha dalam medan lapangan.

Sekadar coretan subuh.

 

Ustaz Sanusi Azmi

Setiausaha Majlis Ulama Isma (MUIS)

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat