KLS 2020 memberikan pendedahan hala tuju selepas sekolah

Oleh :  Hawa Mahmood

KEMAMAN, 18 Jan – Mempersiap remaja yang bakal menjadi pemimpin masa hadapan negara, perancangan masa depan seawal usia remaja adalah amat penting bagi menerapkan hala tuju remaja ke landasan yang betul; di mana pendidikan dan pembentukan diri adalah seimbang dari sudut jasadi, akaliah, dan ruhi.

Menerusi aspirasi inilah, Kelab Remaja ISMA (KRIM) Kemaman, tampil menganjurkan program Karnival Lepasan Sekolah (KLS) 2020 pada 18 Januari 2020 bertempat di Kompleks Rakan Muda, Mak Lagam, Kemaman.

“Kanival Lepasan Sekolah pada tahun ini dianjurkan bagi memberi pendedahan dan peluang kepada remaja bagi memahami dan meneliti hala tuju serta peluang pekerjaan pada masa hadapan melalui pelbagai aliran pendidikan selepas menamatkan zaman persekolahan”, ujar pengarah program KLS 2020, Saudara Afandi bin Azan.

“Program ini juga diharapkan agar dapat menyiapkan kekuatan mental dan fizikal semua peserta bagi menghadapi alam kehidupan di institusi pengajian tinggi nanti” ucapnya lagi.

KLS 2020 yang dianjurkan kali ini mendapat lebih 60 pendaftaran diatas talian dari pelajar lepasan sekolah seluruh Kemaman.

“Karnival ini membuka minda saya tentang kerjaya yang ada dan dapat memupuk keyakinan saya bagi mencapai matlamat yang jelas” ujar salah seorang peserta,  Ahmad Fadlan bin Yusoff.

Menurutnya lagi, dia juga belajar erti untuk tidak berputus asa dalam memilih kerjaya kerana alam pekerjaan amatlah luas.

Rata-rata peserta memberikan respon positif dan menyatakan karnival yang diadakan ini mampu membuka mata mereka tentang kerjaya dan cara-cara untuk memilih kerjaya yang betul.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat