BANGI, 7 Julai – Laporan media antarabangsa Al-Jazeera tentang usaha Malaysia dalam mengawal penularan COVID-19 membabitkan warga asing adalah bohong dan boleh dipertikaikan.
Ketua Perhubungan Isma Kelantan, Ustaz Sharipudin Ab Kadir berkata, sebelum ini berita dari Al-Jazeera menjadi rujukan oleh sebahagian besar orang Islam di serata dunia tetapi apabila berita palsu tentang Malaysia disiarkan, kredibiliti berita dari media Al-Jazeera mula dipertikaikan.
“Apa guna kita ada organisasi berita yang besar dan masyhur tetapi berita yang dipaparkan adalah palsu dan bohong.
“Wartawan Al-Jazeera pula mengambil berita di Malaysia dari tong sampah tempat pembuangan sisa-sisa yang buruk,” katanya yang juga Yang diPertua Isma Pasir Puteh.
Katanya lagi, mereka yang membekalkan berita palsu kepada Al-Jazeera juga merupakan manusia yang rosak akhlak dan maruah.
Rakyat Malaysia yang cintakan negara sepatutnya mengutuk dan menyelar tindakan tidak bermaruah ini kepada Al-Jazeera.