Liberalisme bukan kebebasan individu seperti yang sering didakwa, kerana pejuang liberalisme bermati-matian berkempen agar perempuan muslimah menanggalkan tudung dan tidak berkhatan.
Liberalisme juga bukan memberi ruang kepada orang ramai mengemukakan pandangannya, kerana pejuang liberalisme bertindak nekad menghalang Zakir Naik dari membentangkan kajiannya tentang perbandingan agama.
Liberalisme juga bukan bererti menghormati akal manusia, kerana pejuang liberalisme membenarkan dua lelaki beraksi seperti suami isteri walaupun akal yang waras tidak boleh menerimanya.
Liberalisme bukan juga kebebasan dalam aktiviti ekonomi, kerana pejuang liberalisme sentiasa menyuburkan amalan monopoli dan membunuh peniaga kecil.
Liberalisme juga bukan bererti meraikan kepelbagaian budaya dalam masyarakat, kerana golongan liberal pernah beberapa kali mempertikaikan azan dan budaya korban yang dilakukan oleh umat Islam di sini.
Liberalisme adalah penolakan wahyu (kehidupan berdasarkan kehendak Tuhan) dan menjadikan kehendak manusia sebagai tuhan.
Jika ada golongan liberal mengaku bahawa mereka tidak menolak akidah Islam dan masih solat lima waktu, sebenarnya mereka menerima sebahagian ajaran Islam dan menolak sebahagian yang lain. Yang diterima hanyalah apa-apa yang tidak bertentangan dengan liberalisme. Mereka mengucap dua kalimah syahadah tapi mereka juga membenarkan murtad. Mereka memakai atar di masjid, tetapi mereka juga senyum membiarkan diri diperasap dan dicalit nandek di kuil.
Jika mereka mengaku bahawa mereka cuma memberikan kebebasan bersuara kepada golongan lgbt dan golongan songsang yang lain, jangan percaya. Apabila mereka memerintah, mereka akan membiarkan lgbt diamalkan tanpa sekatan undang-undang dan bukan setakat membenarkan mereka bersuara sahaja.
Golongan liberal adalah penyokong kepada tuntutan Comango. Fahamilah cara fikir mereka melalui tuntutan mereka itu.
Untuk bacaan lanjut sila rujuk http://journalarticle.ukm.my/14023/1/IJIT-Vol-15-June-2019_4_35-43.pdf
Mereka petah berbicara tapi dalam setiap bicaranya terhidu bau yang amat busuk kerana lahir dari batin yang telah rosak. Penampilannya kemas, tapi tersembunyi di belakangnya moral yang rosak.
اللهم ارنا الحق حقا وارزقنا اتباعه
وارنا الباطل باطلا وارزقنا اجتنابه
“Ya Allah, tunjukkanlah kepada kami kebenaran sebagai kebenaran dan kurniakan kami agar menurutinya
Dan tunjukkanlah kepada kami kebatilan sebagai kebatilan dan kurniakan kami menjauhinya.”
Ustaz Muhammad Fauzi Asmuni
Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)