M. Saravanan Lebih Sudu Dari Kuah

Saya pelik tetapi pada masa yang sama ‘kagum’ pada Menteri bukan Melayu seperti YB M. Saravanan ini.
Beliau bukanlah Menteri Pendidikan, bukan juga Menteri Kewangan tetapi adalah Menteri Sumber Manusia yang tiada kena mengena dengan sekolah vernakular. Tetapi beliau tidak menjadikannya satu halangan untuk bersuara mengenai sekolah vernakular.

Lebih mengagumkan lagi, beliau bersuara seolah-olah mewakili dan mendahului keputusan Menteri Kewangan pula kerana kita belum lagi dengar mengenai keputusan untuk meminda belanjawan bagi peruntukan sekolah vernakular dari Menteri Kewangan sendiri.

Saya difahamkan hanya sekolah persendirian Cina sahaja tidak diperuntukkan sebarang dana dalam belanjawan kali ini di mana peruntukan bagi sekolah-sekolah vernakular di bawah kelolaan kerajaan (SJKC dan SJKT) termasuk sekali dalam peruntukan sekolah kerajaan, cuma tidak dinyatakan secara khusus. Mustahil jika beliau tidak tahu, lebih-lebih lagi beliau seorang menteri yang senior.

Saya harap ini bukannya satu muslihat atau alasan untuk menambahkan lagi jumlah peruntukan bagi sekolah vernakular atas nama kononnya ‘satu peruntukan khusus’ kemudiannya.

Untuk pengetahuan anda, pihak kami telah mencabar keabsahan sekolah vernakular di sisi perlembagaan di mahkamah, dan kes ini sedang berjalan dengan harapan kita semua menikmati sistem satu aliran. Maka, tidak lagi timbul isu peruntukan sekolah vernakular sebegini lagi.

Aminuddin Yahaya
Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
13 November 2020

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat