Maahad Tahfiz: Kejayaan Yang Ditenggelamkan, Propaganda Yang Disensasikan.

Keputusan SPM 2023 yang diumumkan baru-baru ini menunjukkan prestasi Maahad Tahfiz yang sangat memberangsangkan (Maahad Tahfiz Pahang No.1 Seluruh Malaysia, Sekolah Imtiaz Terengganu lulus semua mata pelajaran). Nilai sahsiah disamping pembelajaran al-Quran yang diintegrasi dengan subjek matapelajaran lain ternyata mampu membentuk pelajar yang lebih sempurna dari segala segi. Yang menjadi kepelikannya, media arus perdana atau berita utama tidak pula melaporkan kejayaan Sekolah-Sekolah begini.

Sebaliknya, berita yang banyak disensasikan di media utama adalah kes-kes salah laku, pengurusan yang teruk dan penderaan di kalangan pengajar atau pelajar. Peristiwa yang berlaku pada tahun 2024 baru-baru ini yang melibatkan kes tembakan di lapangan terbang juga telah menonjolkan latarbelakang penjenayah lulusan tahfiz sekolah pondok. Banyak lagi kes-kes lain yang menimbulkan sisi “tahfiz/sekolah agama” ini walaupun tidak ada kaitan pun dengan intipati kejadian.

Hakikat yang lebih besar adalah, negara Malaysia adalah sebuah negara di mana Islam diletakkan di tempat tertinggi di negara ini.

Pokoknya, trend yang ingin memperlihatkan sisi negatif institusi tahfiz dan sekolah aliran agama berlaku secara terancang untuk menanamkan perspektif buruk masyarakat terhadap islam.
Inilah akhirnya menyerlahkan hakikat kehebatan pembelajaran agama yang ditenggelamkan, dan propaganda negatif institusi ini pula yang disensasikan.

Hj. Muhammad Aizat Rasli
Timbalan Presiden ISMA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat