Mahasiswa diminta bertenang, dan ambil langkah berjaga-jaga

Saya mengikuti rapat perkembangan terkini pekeliling universiti awam berkenaan tempoh partial lockdown (Perintah Larangan Pergerakan) yang telah dikeluarkan kerajaan semalam. Terdapat beberapa arahan berbeza yang dikeluarkan oleh universiti, antaranya:

1. UIAM – Pelajar Malaysia Digalakkan pulang.

“Malaysian students are highly encouraged to go home. Exercise cautions for long journey home, especially via public transportation. Plan your trip accordingly” – UIAM

2. UiTM- diminta untuk mengosongkan kolej

“Pelajar adalah diminta untuk mengosongkan kolej kediaman dan pulang ke rumah masing-masing…” – UiTM

3. UKM – Digalakkan pulang

“Pelajar adalah digalakkan untuk pulang ke rumah masing-masing” – UKM

4. UPM- Kelas secara dalam talian, pelajar boleh ikuti kelas secara dalam talian sama ada di dalam mahupun di luar kampus. Tiada arahan untuk pulang atau tinggal di kolej kediaman.

“Semua kuliah akan dijalankan secara maya dan para pelajar dibenarkan mengikuti kelas maya sama ada dari dalam atau luar kampus” -UPM

5. USM-Pelajar tidak dihalang untuk balik tetapi digalakkan tinggal dalam kampus

“Para pelajar tidak dihalang untuk kembali ke kampung masing-masing semasa cuti pertengahan semester. Namun pelajar LEBIH digalakkan agar berada di dalam kampus sepanjang tempoh tersebut…” – USM

6.USIM-Tidak digalakkan pulang

“…Pelajar USIM dinasihatkan agar tidak pulang ke kampung halaman masing-masing . . “ -USIM

7.UM-guna e-learning tapi tidak dinyatakan students dibenarkan balik atau tidak

8. UPSI- Dibenarkan pulang tetapi digalakkan untuk kekal di dalam kampus

“Para pelajar DIBENARKAN untuk kembali ke kampung masing-masing sepanjang tempoh ini. Namun pelajar LEBIH digalakkan agar berada di dalam kampus. .” -UPSI

Berdasarkan pemerhatian tersebut, saya mencadangkan beberapa langkah yang boleh diambil baik mahasiswa mahupun pihak berautoriti, antaranya:

1. Bagi pelajar yang dibenarkan pulang (khususnya bagi IPT yang meminta pengosongan kampus), amalan carpooling adalah pilihan yang selamat ketika ini berbanding menaiki pengangkutan awam bagi mengurangkan kontak sekaligus mengurangkan risiko jangkitan virus.

2. Sekiranya terpaksa menaiki pengangkutan awam, anda diminta untuk membuat belian tiket secara dalam talian terlebih dahulu dan mengamalkan langkah berwaspada semasa berada di kawasan pengangkutan awam. Ikut arahan waspada yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia.

3. Pihak universiti disarankan untuk menyediakan pengangkutan bas ke negeri-negeri yang terletak di luar Lembah Klang, Solusi ini lebih selamat untuk pelajar pulang ke negeri masing-masing berbanding menggunakan pengankutan awam. Risiko kontak di terminal bas yang sesak juga dapat dikurangkan.

4. Bagi pelajar yang berada di dalam kampus, anda digalakkan untuk membeli makanan secara penghantaran (Delivery). Selain itu, bagi memudahkan urusan pembelian makanan, para pelajar digesa untuk berkongsi nombor penghantaran makanan kepada rakan-rakan lain.

5. Sebaiknya amalkan self-quarantine yang ketat dalam 14 hari ini. Tetapi sekiranya pelajar mahu membeli di premis, pelajar boleh membeli secara bungkus dan amalkan langkah berwaspada.

6. Usaha proaktif yang dilaksanakan oleh pihak UiTM yang menyediakan kolej khas untuk pelajar Sabah dan Sarawak adalah satu tindakan yang wajar dicontohi dan perlu diikuti oleh IPT lain bagi memastikan kemaslahatan mahasiswa terpelihara

Ini adalah antara langkah alternatif yang boleh diambil bagi mencegah penularan wabak ketika tempoh partial lockdown ini. Sebolehnya jangan keluar negeri, namun langkah berjaga-jaga yang rapi perlu diambil bila migrasi antara negeri berlaku.

Saya doakan agar kita semua terpelihara daripada wabak penyakit ini.

Wafiq Azman
Presiden
Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA)

18 Mac 2020

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat