Majikan Larang Pekerja Berpuasa : Ini Masa SUHAKAM Bersuara

1. Adalah sangat menghairankan apabila masih ada majikan di Malaysia yang melarang umat Islam berpuasa, malah memukul dan memaksa mereka untuk tidak berpuasa. Sinar Harian melaporkan: “Punca kejadian disebabkan suspek tidak suka mangsa dan rakannya berpuasa pada bulan Ramadan ini dan memaksa mereka supaya tidak berpuasa.”

2. Inilah masanya untuk kumpulan hak asasi kemanusiaan seperti SUHAKAM untuk bersuara lantang, mempertahankan kebebasan hak individu untuk beribadah. Bukan hanya bersuara untuk mempertahankan hak pelacur untuk menjadi pekerja seks sahaja.

3. Bahkan inilah juga masa untuk pemimpin Muslim bersuara mempertahankan umat Islam untuk berpuasa. Ingatkah kita bagaimana Khalifah Mu’tasim mempertahankan hak wanita Muslimah yang dianiya oleh bukan Islam ketika zaman pemerintahannya. Begitu juga ketegasan Rasulullah mempertahankan hak wanita Muslimah yang dianiya oleh bukan Islam di Pasar Bani Qainuqa’.

4. Bulan Ramadan ini turut melatih kita agar mengambil berat isu saudara kita. Dalam Ramadan kita digalakkan memberi makan, menyantuni orang susah dan mengeluarkan zakat. Ini semua berasaskan kepada konsep menjaga hak saudara kita.

5. Maka dalam isu ini, kita seharusnya merasa sensitif. Jangan pula kita bersikap seperti golongan liberal yang mempertahankan hak LGBT yang dilaknat Allah, namun dalam isu ibadah asas sebegini mereka diam seribu bahasa.

Semoga Allah membimbing kita.

Dr. Ahmad Sanusi Azmi
Majlis Ulama ISMA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat