BANGI, 2 Julai – “Kita tidak perlu menjadikan Amerika Syarikat, United Kingdom, China atau Korea sebagai rujukan kiblat kehidupan,” kata Prof. Dr. Zainur Rashid Zainuddin.
Hal ini berikutan Amerika yang memiliki organisasi dan ìnstitusi-institusi perubatan yang tercanggih di planet bumi pun terpaksa berhempas pulas berhadapan dengan 40,000 kes baharu Covid-19 setiap hari, lebih 13o ribu kematian dengan jumlah kes Covid-19 telah pun melebihi 2.7 juta kes.
Sebaliknya, Malaysia hanya mempunyai 1 kes baharu Covid-19, jumlah kematian sebanyak 121 orang dengan kadar kesembuhan melebihi 98.8 %.
“Hal ini menunjukkan Malaysia mampu pengendalian wabak ini dan kita tidak perlu bergantung kepada negara barat untuk apa jua rujukan terutama dalam aspek kehidupan,” katanya yang juga Timbalan Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (Isma).