Mana Suara Menteri Pendidikan? Tolong Pertahankan Tapak Sekolah Kebangsaan

Kenyataan oleh Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Dr Mah Hang Soon yang masih mempertahankan pembinaan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Too Joon Hing Bandar Kinrara, adalah sombong dan hanya menjaga kepentigan kaumnya sahaja.

Sedangkan beliau sendiri menyedari bahawa yang kawasan tersebut merupakan majoriti masyarakat Melayu dan sudah semestinya tapak pembinaan yang asalnya untuk sekolah kebangsaan dikekalkan, bukan diganti dengan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC).

Tidak perlu  mengusik dan bina sekolah yang bertentangan dengan demografi masyarakat setempat.

Sungguhpun sudah ada beberapa sekolah kebangsaan di kawasan tersebut tetapi realitinya, anak-anak yang majoritinya Melayu  terpaksa berhimpit di sekolah kebangsaan sehingga ada 17 buah kelas. Perkara ini juga jelas akan membebankan pihak sekolah yang terpaksa menjaga anak-anak murid yang bilangannya ramai.

Menteri Pendidikan juga perlu bersuara dan jangan membisu seribu bahasa, seolah-olah Timbalan Menteri lebih berkuasa, kerajaan harus utamakan sekolah kebangsaan yang lebih menepati keperluan semua kaum dan memupuk semangat perpaduan di kalangan murid.

Kembalikan status tanah untuk didirikan sekolah kebangsaan dan bukannya sekolah jenis kebangsaan.
Jika dibiarkan perkara ini berlarutan boleh mengakibatkan jurang perpecahan kaum menjadi lebih luas.

Abdullah ibn Khaldun
Aktivis ISMA Subang Jaya

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat