Marrybrown mengajar kita bahawa tulisan Jawi itu mudah dan praktikal di Lembah Klang.
Marrybrown juga seolah-olah memberi isyarat tulisan Jawi memiliki potensi komersial di kawasan ekonomi tersibuk Malaysia.
Tulisan asal bagi Bahasa Melayu adalah tulisan Jawi, bukan Rumi. Berdasarkan Seksyen 9 Akta Bahasa Kebangsaan, tulisan Jawi boleh diguna di seluruh Malaysia untuk urusan rasmi. Bayangkan, anda boleh buat aduan bertulis di pejabat kerajaan menggunakan tulisan Jawi .
Saya berpandangan, penggunaan tulisan jawi memberi manfaat besar kepada penghayatan agama. Ia mendekatkan rakyat Malaysia dengan Al-Quran yang merupakan panduan agung untuk seluruh manusia.
Semakin dekat rakyat Malaysia dengan Al-Quran, semakin jauh kita dari korupsi, arak, zina dan krisis moral.
Tahniah kepada Marrybrown. Anda memang awesome!
Jom mulakan jawi dari diri kita. Cuma jawikan tanda tangan anda, atau sticker nama anda, atau nama insan tersayang di telefon anda.
BILAL JAILANI
Yang Dipertua ISMA Bangi
Lokasi gambar:
Marrybrown Seksyen 8 Bandar Baru Bangi, Selangor