1. Kita semua inginkan yang terbaik buat masyarakat dan ummah. Kemelut yang berlaku dalam ummah tidak boleh diselesaikan dengan hanya melibatkan beberapa individu, NGO, parti politik, institusi sosial sahaja. Semua perlu berperanan yang sesuai dengan kapasiti, kepakaran dan kemampuan masing-masing.
2. Penyelesaian ummah perlu dilihat secara holistik dan strategik. Walaupun setiap organisasi ada kecenderungan masing-masing, ia tidak menghalang untuk bekerjasama dengan yang lain dalam menyelesaikan isu ummah secara holistik.
3. Antara elemen utama untuk bangunkan ummah fadhilah adalah kesatuan dan kesepakatan dalam mempertahankan apa-apa isu yang berkaitan dengan kepentingan agama Islam dan umatnya.
4. Selain itu, ummah perlu merdeka dan mandiri dalam menentukan hala tuju sendiri tanpa terikat dengan kehendak asing. Sama ada berkaitan pendidikan, ekonomi, sosial, politik dan sebagainya. Mereka memiliki wewenang dalam membuat keputusan.
5. Ummah perlu memiliki sikap untuk berjuang dalam apa jua keadaan. Berjuang mempertahankan dan menyebarkan syiar agama serta tidak berputus asa memajukan ummah dalam setiap aspek kehidupan.
6. Jika ingin ummah yang maju dan unggul, penguasaan ilmu perlu ditekankan dalam masyarakat. Ilmu agama dan pemikiran, ekonomi, sanis dan teknologi perlu dikuasai umat. Umat perlu cemerlang dalam setiap bidang yang diceburi.
7. Kita menginginkan umat ini dipimpin oleh pemimpin yang adil dan dapat membimbing masyarakat ke arah kebaikan berpandukan wahyu ilahi. Keadilan Islam memberikan kesejahteraan merangkumi semua kaum, bangsa dan agama.
8. Impian membangunkan ummah fadhilah bukanlah memakan masa yang singkat. Bahkan melangkaui puluhan tahun. Bukannya mudah. Tetapi tidak mustahil untuk dicapai.
Dr. Rozaini Othman
YDP ISMA Seberang Perai Utara