Mempertahankan Bumi Palestin Kewajipan Seluruh Umat Islam

Isu Palestin bukan sekadar isu kemanusiaan semata-mata, kerana ia merupakan isu tanah suci umat Islam yang merupakan amanah yang patut dipertahankan dan diperjuangkan oleh seluruh umat Islam, bukan umat Islam Palestin sahaja.

Umat Islam seharusnya memberikan kesetiaan dan kepercayaan mereka hanya kepada sesama mereka, bukan golongan yang lain terutamanya golongan yang suka mencampuri urusan umat Islam atau yang memusuhi Islam. (Al-Maidah: 51-52).

Lihatlah bagaimana golongan ini bersepakat membantah penganjuran program Solidariti Palestin di sekolah-sekolah yang dikatakan seolah-olah “mengajar keganasan”. Lihatlah bagaimana pemimpin negara-negara Islam & Arab gagal untuk mempertahankan & membantu umat Islam yang dibantai teruk di Palestin dek kerana menjaga hubungan baik dengan Israel/ sekutunya.

Umat Islam perlu menghayati & berpegang teguh dengan ajaran Islam yang mulia dalam segenap aspek kehidupan. (Al-Hajj: 77-78)

Lihatlah bagaimana umat Islam Gaza terutamanya, dengan keimanan yang tinggi dan penghayatan Islam yang holistik, mereka sanggup mengorbankan nyawa dan segala yang dimiliki demi mempertahankan kesucian Baitul Maqdis.

Pentingnya umat Islam menguasai kepakaran-kepakaran strategik dalam bidang teknologi, kejuruteraan, ketenteraan dan yang seumpama dengannya. Jika tidak, kita terpaksa bergantung atau meminta bantuan daripada pihak luar yang mempunyai kepakaran-kepakaran tersebut tetapi berkemungkinan mempunyai kepentingan lain atau agenda yang tersembunyi.

Lihatlah bagaimana Briged Al-Qassam dan pejuang-pejuang Palestin mampu mencipta senjata-senjata dengan tangan mereka sendiri sehingga mampu mengalahkan musuh yang kononnya merupakan “tentera yang tidak boleh dikalahkan”.

Ustaz Rusdi Alias
Perunding Kanan, Dakwah & Media ISMA

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat