Menuntut Ilmu untuk Mengubah Hidup

Suatu hari saya singgah ke sebuah gerai menjual takoyaki, saya kagum melihat tiga orang anak gadis berumur belasan tahun gigih menguruskan gerai takoyaki dengan cekap. Dalam fikiran saya, rajin sungguh mereka membantu keluarga mencari pendapatan.

Pembukaan awal tahun 2021 Negeri Johor telah dilanda banjir, manakala kes wabak covid-19 pula semakin meningkat. Keadaan yang berlaku dalam kehidupan kadangkala menjadi penyebab kepada semangat ingin menuntut ilmu semakin meluntur. Ditambah pula, dengan kekangan capaian internet yang perlahan dan perlu berkongsi fasiliti teknologi bersama adik-beradik yang lain. Disamping itu juga perlu membantu ibu bapa menguruskan keluarga antara faktor tumpuan pelajaran telah beralih ke arah perkara lain dan semangat untuk belajar mula pudar.

Sewaktu zaman sekolah dahulu, cikgu pernah bertanya ‘apa cita-cita kamu?’ Anda semua bersemangat mengangkat tangan menjawab mahu menjadi saintis, doktor, arkitek, jurutera, peguam dan suasana kelas menjadi semakin riuh dan ceria kerana semua bersemangat berkongsi tentang cita-cita mereka.

Bangkitlah semula, mencapai cita-cita anda kerana dengan menuntut ilmu boleh mengubah hidup seseorang, insya-Allah. Apabila sudah habis belajar, anda akan mulakan kerjaya yang professional seperti impian anda semasa kecil dahulu.

Masa depan anda dibentuk dari sekarang, siapa anda masa depan adalah cerminan diri anda sekarang. Teruskan bersemangat menuntut ilmu untuk mengubah hidup anda dan jangan pernah berputus asa.

Aimi Nabilah Sukor

Ketua Beliawanis Cawangan Johor Bahru 

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat