Nicole dan Ronnie Liu Hirau Hak Rakyat Majoriti, Perjuangkan Siapa?

Kenyataan Ronnie Liu dari parti DAP mempersoal umat Islam untuk tidak bekerja di kedai-kedai jualan arak mengundang kemarahan majoriti rakyat Malaysia. Siapa tidak akan marah, rakyat negara ini yang majoritinya Islam memang dilarang terlibat dengan arak bermula dari kilang arak sehinggalah kedai pengedaran. Dan sesiapa yang terlibat adalah berdosa sebagaimana hadis:

“Rasulullah SAW melaknat dalam isu arak ini 10 golongan: Pemerah (anggur untuk arak), orang yang minta diperahkan, peminumnya, pembawanya, orang yang meminta bawa kepadanya, orang yang menuangkan arak, penjualnya, orang yang makan hasil jualannya, orang yang membelinya dan orang yang meminta dibelikan untuknya.” – Hadis Jami’ At-Tirmidzi –

Kenyataan Ronnie Liu DAP berbunyi “Jika umat Islam tidak dibenarkan bekerja dalam perniagaan berkaitan arak atau bir, di mana saudara kita dari kalangan umat Islam lelaki dan perempuan pergi untuk bekerja?”

Adakah Ronnie Liu berpura-pura tidak tahu yang dunia ini terlalu banyak pekerjaan selain kedai arak. Tidakkah dia sebagai wakil rakyat, perlu memahami rakyat?

Lebih mendukacitakan, Pemuda MCA, Nicole baru-baru ini turut mempersoal keputusan DBKL untuk mengawal kebebasan penjualan arak di kedai runcit, kedai ubat cina dan kedai serbaneka.

Islam adalah agama yang indah. Islam mencegah apa sahaja bentuk aktiviti yang merosakkan diri dan masyarakat. Islam menjaga keadilan dan keharmoniaan rakyat dengan saksama. Kerosakan yang besar seperti arak memang mengundang banyak bencana.

Statistik kemalangan maut yang melibatkan pemabuk-pemabuk yang pentingkan diri ini kian tahun terus bertambah. Lupakah kita tahun lepas, lima anak dan seorang isteri menjadi balu serta yatim gara-gara ayahnya maut dilanggar pemabuk? Entah sampai bila dan berapa ramai lagi yang akan terkorban?

Cukup-cukuplah DAP dan MCA.

 

Muhammad Nukman Ab Halim
YDP ISMA Kuala Lumpur

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat