Nikmat Berkongsi Rezeki

Dari banyak-banyak kisah, kisah ini sangat menyentuh hati kami di restoran tempat saya bekerja.

Jam menunjukkan sudah jam 10 lebih. Sepasang suami isteri masuk ke kedai bersama 3 org anak kecil mereka. Nampak secara luaran mereka sama sahaja seperti pasangan- pasangan lain yang berkunjung ke restoran kami.

Mereka masuk dan bertanya adakah kedai masih dibuka dan menerima pesanan.

Ya seperti biasa kami mengalu-alukan kedatangan pelanggan kerana kami beroperasi sehingga jam 12 malam.

Semasa mengambil pesanan, saya perasan mereka seperti sedang kelaparan. Al maklum cuaca yang sejuk dan dingin membuatkan perut berkeroncong dan minta diisi.

“Makanan apa yang cepat siap di sini?” kata si isteri.

“Nasi goreng dan nasi briyani je yang dah ready tapi side dishnya kena tunggu juga.” kataku dengan senyuman.

“Ok kami ambil lamb chop, kambing perap 200g dan set anak manja.

Sungguh bahagia sang isteri dapat memiliki suami yang sangat santun dan memahami. Sedang mereka makan, si suami mengambil giliran menjaga anak kecil mereka berusia 11 bulan dan membawanya mengambil angin luar.

Iya lah si isteri dah seharian menjaga kerenah anak-anak di rumah. Kini tiba giliran suami pula menjaga dan bermesra dengan si kecil yang baru mendapat kaki dan sedang aktif meneroka dunia barunya.

Semasa di kaunter pembayaran, mereka meminta untuk membayar makanan meja sebelah yang kelihatan sepasang pasangan warga emas baru sahaja siap memesan makanan.

Allah Maha Besar. Dalam kesibukan manusia mengejar wang, pangkat dan nama, Allah tunjukkan kepada kami masih ada lagi insan pemurah yang mahu membahagi rezeki walaupun tiada pertalian darah sesama mereka.

Setiap harta pasti ada hak orang lain ke atasnya. Berkongsi dan berbahagi bahagia itu mampu menyucikan hati dan harta kita. Maka pilihlah cara untuk kita bahagia. Kerana ianya pilihan masing-masing.

Apa yang menyentuh hati kami adalah akhlak si suami yang memberi ruang kepada isterinya menikmati hidangan dan kedermawanan mereka dalam berkongsi rezeki.

Semoga cerita ini memberi pengajaran dan mengetuk hati-hati kita untuk memilih jalan bahagia buat bekalan di akhirat kelak, Insya-Allah.

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat