Panindasan Rakyat Palestin satu Keinsafan

Untungnya kita di bumi Malaysia ini, aman dan tenteram dari serangan-serangan roket mahupun bom.
Tetapi sebaliknya berlaku pada Umat Islam di Palestin. Sejarah panjang Palestin menyaksikan siri-siri peperangan sentiasa berlaku sehingga kini.

Namun adakah keadaan itu menandakan mereka lemah. TIDAK sama sekali. Bahkan ia menandakan mereka sangat kuat. Kuat kerana musuh takut akan kekuatan peribadi jiwa-jiwa mukmin yang beriman. Peribadi yang memajukan diri dan semangat mengembalikan kegemilangam dan kekuasaan Islam.

Lihat sahaja dalam keadaan serba kekurangan sumber tenaga, sekatan-sekatan bantuan, dan pelbagai tekanan yang dikenakan ke atas rakyat Palestin, mereka mampu mencipta roket, senjata api dan pelbagai lagi. Mereka sangat bijak, profesional dan pandai menggunakan teknologi.

Mereka adalah wakil umat Islam yang kuat imannya dipilih oleh Allah mempertahakan Al-Quds. Mereka sentiasa hidup dengan al-quran dan mengamalkannya.

Perlu kita insafi, musuh tidak menyerang kita dengan peluru, roket mahupun bom. Cukup sekadar hantar siaran-siaran rancangan yang melalaikan, hiburan yang melampau, dan perkara-perkara merosakkan yang lain.

Anak muda Islam dijauhkan dari ajaran Islam yang sebenar dan dilalaikan dari memahami al-quran. Disibukkan dengan perkara sia-sia. Dan disibukkan dengan hal-hal keduniaan semata-mata.

Sebenarnya kita juga sedang diperangi. Bahkan lebih dahsyat kerana ia memberi kesan jangka panjang. Peperangan yang melemahkan jati diri Islam dalam diri umat.
Jati diri yang fikirannya berkiblatkan barat. Berpaksikan kehidupan yang bebas tanpa kongkongan agama.
وَلَنْ تَرْضَى عَنْكَ الْيَهُودُ وَلَا النَّصَارَى حَتَّى تَتَّبِعَ مِلَّتَهُمْ قُلْ إِنَّ هُدَى اللَّهِ هُوَ الْهُدَى وَلَئِنِ اتَّبَعْتَ أَهْوَاءَهُمْ بَعْدَ الَّذِي جَاءَكَ مِنَ الْعِلْمِ مَا لَكَ مِنَ اللَّهِ مِنْ وَلِيٍّ وَلَا نَصِيرٍ
“Dan orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan rela kepadamu (Muhammad) sebelum engkau mengikuti agama mereka. Katakanlah, “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang sebenarnya).” Dan jika engkau mengikuti keinginan mereka setelah ilmu (kebenaran) sampai kepadamu, tidak akan ada bagimu pelindung dan penolong dari Allah.” (Al-Baqarah : 120).

Sedarlah bahawa kita sudah lama diserang dengan Serangan Pemikiran.
Serangan yang menyebabkan hilang izzah terhadap islam dan mematikan roh jihad.
Ayuh lawan serangan ini dengan berazam untuk menjadi manusia yang jelas tujuan dan matlamat hidup, jelas akan tindakan dan amalnya. Tidak tergoda oleh hamparan hiburan dan keduniaan yang melalaikan.

Wahai umat Islam marilah kita berusaha :
Sibukkan diri kita mempelajari,membaca, memahami, menghafaz dan mentadabbur al-quran.
Sibukkan diri mengkaji dan mendalami pengkhususan bidang-bidang ilmu.
Sibukkan diri untuk mengajak dan mempengaruhi orang lain kepada kebaikan.
Luangkan masa mengkaji Sirah dan Sejarah Islam. Dan kenali ciri-ciri musuh dalam coretan sejarah.
Sampaikanlah kebaikan dan kebenaran.
Sayangi dan kuatkan persaudaraan sesama mukmin.

Moga usaha-usaha kita ini juga dikira sebagai Jihad iaitu Jihad fil Nafs. Disamping tidak lupa untuk mendoakan saudara kita yang sedang diperangi di sana. Moga mereka terus diberi kekuatan menghadapi keganasan Isra…eell laknatullah.
Ameen..
Wallahu a’lam.

 

Aini Binti Said
Ketua Wanita ISMA Shah Alam

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat