Oleh : Mohd Khairul bin Ahmad Nordin
JOHOR BAHRU, 1 Sept – Pemuda Isma Johor Baharu dengan kerjasama Aman Palestin Cawangan Johor hari ini melancarkan Virtual Charity Run & Ride 2020 dan larian/berbasikal akan bermula pada 1 – 14 Oktober 2020 di seluruh negara.
Program ini adalah salah satu inisiatif strategik untuk mengumpul dana kemanusiaan di bawah Aman Palestin. Program secara Virtual mendapat sambutan menggalakkan daripada masyarakat terutama penggiat sukan ekoran SOP Perintah Kawalan Pergerakan yang mengehadkan penganjuran acara larian dan berbasikal secara fizikal. Dengan adanya acara virtual ini, peserta masih lagi mendapat keistimewaan seperti baju, medal dan e-sijil.
En Norul Ahmady, Pengurus Aman Palestin Johor berkata acara ini memberi ruang kepada peminat sukan untuk menyumbang kepada Aman Palestin. Virtual Charity Run & Ride 2020 anjuran bersama Aman Palestin Johor dan Pemuda Isma ini juga menawarkan kit peserta yang hanya boleh disertai dengan yuran serendah RM 50.
Dalam sesi pelancaran khas itu juga, En Fhirdaus Zainal Abidin, Ketua Pemuda Isma Johor Bahru juga turut mengajak anak muda menyertai acara ini. Konsep larian amal secara virtual ini telah dibuka untuk penyertaannya dan mereka yang berminat boleh sertai acara secara virtual dengan mendaftar di http://bit.do/10kmforsmile dan talian hotline 0197238711