Pemimpin politik tamak ibarat pesakit diabetis kronik

BANGI, 12 Mei – “Ibarat pesakit diabetes yang terlalu tinggi kandungan gula dalam darah sehingga ukurannya tak dapat dibaca atau pesakit darah tinggi hampir pecah pembuluh darah.

“Beginilah ibarat pemimpin ini dalam suasana rakyat dan negara mengharungi wabak covid 19.

“Sifat tamak mereka terlalu tinggi sehingga tak dapat diukur sebagaimana pesakit diabetes kritikal tak dapat diukur kandungan gula dalam darah,” kata Ustaz Sharipudin Ab Kadir.

Ketua Perhubungan Isma Kelantan ini menyifatkan sifat sesetangah pemimpin parti politik di Malaysia yang tamak dan gila kuasa pada tahap melampau yang tinggi.

Ujarnya di saat Malaysia sedang berdepan dengan wabak Covid-19, pemimpin yang tamak ini mengheret sekali rakyat untuk bergelumang dengan cita-cita buruk mereka.

“Pemimpin yang baik dan berakhlak sepatutnya menyeru rakyat untuk menghabiskan akhir Ramadhan dengan beribadat kepada Allah Taala merebut kedatangan Ramadhan untuk membuat kebaikan.

“Lebih-lebih lagi menjelang 10 akhir Ramadhan tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya,” katanya lagi yang juga merupakan Yang di-Pertua Isma Pasir Puteh.

Katanya, tidak kedengaran di mana-mana negara demokrasi Barat dan sosialis Timur ada pemimpin yang berusaha untuk menjatuhkan kerajaan dalam suasana sekarang kecuali Malaysia.

“Tak dapat dibayangkan siapakah gerangan orang mempunyai sifat semacam ini.

“Adakah mereka layak digelar sebagai pemimpin, mengajak rakyat untuk tinggalkan Ramadhan dengan membantu mereka untuk mendapatkan kuasa dan pangkat,” soalnya lagi.  

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat