Bulan yang ditawarkan dengan pelbagai ganjaran menarik. Bulan yang disediakan sebagai peluang untuk kita berubah menjadi lebih baik. Namun Ramadhan kali ini agak berbeza kerana kita akan memulakan ibadah puasa kali ini dalam tempoh PKP.
Dari satu sudut, ini adalah peluang yang besar untuk menggandakan amal ibadat kerana kita mempunyai kelebihan masa yang sangat banyak.
Peluang ini harus di ambil manfaat sebaiknya oleh golongan pemuda.
Kerana dari satu sudut lain, pemuda sering dikaitkan dengan sifat malas, suka membazir masa, apatah lagi banyak persepsi masyarakat yang menganggap bulan Ramadhan ini adalah bulan yang penuh dengan sifat pasif, penat dan lemah.
As Syahid Hasan Al Banna ada menyebut, dalam diri pemuda ada 4 sifat yang tidak ada pada orang lain atau peringkat umur lain.
وتكاد تكون هذه الأركان الأربعة : الإيمان، والإخلاص ، والحماسة ، والعمل من خصائص الشباب . لان أساس الإيمان القلب الذكي ، وأساس الإخلاص الفؤاد النقي ، وأساس الحماسة الشعور القوي ، وأساس العمل العزم الفتي ، وهذه كلها لا تكون إلا للشباب. ومن هنا كان الشباب قديما و حديثا في كل أمة عماد نهضتها ، وفي كل نهضة سر قوتها ، وفي كل فكرة حامل رايتها: (إِنَّهُمْ فِتْيَةٌ آمَنُوا بِرَبِّهِمْ وَزِدْنَاهُمْ هُدىً) (الكهف:13) .
Dan empat rukun ini hampir: kepercayaan, ikhlas, semangat, dan amal adalah ciri-ciri masa muda. Kerana asas iman adalah hati yang cerdas, asas keikhlasan adalab hati yang murni, asas semangat adalah perasaan yang kuat, dan asas amal ialah keazaman yang meluap-luap, dan ini semua hanya ada pada orang muda. Oleh itu, para pemuda itu dahulu dan sekarang di setiap bangsa sebagai tonggak kebangkitannya, dan dalam setiap kebangkitan rahsia kekuatannya, dan dalam setiap gagasan yang membawa bendera: (Mereka adalah pemuda yang percaya kepada Tuhannya dan menjadikan mereka lebih terpimpin) (Al-Kahf: 13).
Pemuda sepatutnya memanfaat kelebihan ini dalam menyambut Ramadhan. Sifat semangat, badan yang kuat, keinginan yang kuat sepatutnya menjadikan pemuda adalah peneraju kepada menghidupkan suasana Ramadhan di Malaysia dalam tempoh pkp kalini.
Pemuda lah patut menjadi barisan hadapan di rumah dalam banyaknya amal ibadah, rajinnya dalam membantu orang tua, menunjukkan akhlaq positif dikalangan ahli keluarga dan sebagainya.
Inilah pemuda yang sentiasa menjadi harapan kepada Nabi s.a.w dalam menggerakkan islam dan ummah. Usamah bin zaid, ali bin thalib, anas bin malik adalah pemuda-pemuda yang banyak membantu nabi dalam memperjuangkan islam.
Bagaimana Ramadhan mereka?
Banyak kisah hebat yang kita dengar tentang mereka. Kisah perang badar berlaku di bulan Ramadhan. Fathul mekah dalam bulan Ramadhan. Mereka mengangkat senjata, bermusafir jauh, mengkhatamkan al quran sepanjang ramadhan, menghidupkan amalan dan banyak lagi.
Jadi apa alasan kita untuk mengsia-siakan Ramadhan kali ini.
(یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوا۟ كُتِبَ عَلَیۡكُمُ ٱلصِّیَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِینَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ)
[Surat Al-Baqarah 183]
Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa..
Semoga kita mendapat piala taqwa di penghujung Ramadhan. Dan semoga lahirnya lebih ramai pemuda-pemuda islam yang soleh dan rijal agama setelah berakhirnya madrasah Ramadhan
Ayuh bangkit, wahai pemuda!
Saudara Aqil Rozain
Aktivis Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Cawangan Gombak