BANGI, 3 Jun – Pemuda Ikatan Muslimin Malaysia (Isma) menyambut baik tindakan kementerian Wilayah Persekutuan untuk membekukan serta merta permohonan baharu lesen arak.
Menurut Ketua Penerangan Pemuda Isma, Muslim Abdullah Zaik, tindakan ini harus juga dilaksanakan di peringkat negeri di seluruh negara.
“Tindakan pantas begini sekurangnya dapat mengurangkan risiko kemalangan maut melibatkan pemandu mabuk,” katanya.
Pemuda Isma juga mengucapkan tahniah kepada PDRM atas kejayaan menangkap 800 orang pemandu mabuk sekaligus mengembalikan kepercayaan masyarakat kepada pihak berkuasa.
Katanya lagi tindakan seperti ini perlu berterusan dan tindakan tegas perlulah diambil sehingga industri arak berjaya dilumpuhkan sepenuhnya di Malaysia.