Pendidikan tentang kefahaman seks sememangnya bagus dengan syarat ia bertepatan dengan syariat.
Akan tetapi pendidikan seks patut fokus kepada menjaga diri daripada terjebak dengan zina, hanya menghalalkan diri kepada suami/isteri yang sah melalui perkahwinan. Maka ia patut mengajar orang bujang bagaimana menjaga diri dan maruah agar tidak terjebak dengan zina.
Seks sebelum berkahwin, tak kisah bagaimana penjagaannya pun, kalau dibuat dengan selain suami atau isteri tetap dikira zina.
Mengajar tentang seks selamat hanya membantu mengurangkan beberapa gejala yang kelihatan hari ini tetapi tetap tidak menyelesaikan masalah utama. Permasalahan utama di sini adalah amalan seksual secara bebas sebelum nikah iaitu ZINA.
Pendidikan seks yang ke arah mengajar seks selamat semata-mata, bukan sahaja menggalakkan zina, tetapi juga menjadi punca keruntuhan rumah tangga dan keruntuhan akhlak masyarakat.
Adakah dengan mengamalkan seks selamat, seseorang bebas nelakukan seks dengan sesiapa sahaja? Atau seorang suami bebas melakukan seks dengan perempuan lain selain isterinya? Atau seorang isteri dengan lelaki selain suaminya?
Program anjuran Yayasan Aids Malaysia yang manggalakkan amalan seksual sebelum nikah ini hanya membawa kehancuran kepada muda mudi. Ia seolah- olah mahu meneutralisasikan perkara yang jelas haram bukan setakat dalam Islam malah agama yang lain juga