1. Malaysia merupakan negara ke-10 dengan bilangan pengguna internet di dunia, dengan bilangan pengguna lebih dari 30 juta orang.
2. Setiap hari, rakyat Malaysia telah menghabiskan secara purata lebih dari 8 jam melayari internet. Dan hampir 3 jam secara purata di media sosial atau lebih dari 20 jam seminggu.
3. Namun begitu, jika diamati masih terlalu sedikit konten & produk media yang benar-benar memberi didikan kepada masyarakat.
4. Zaman kini, terlalu banyak konten yang tidak berakhlak yang hanya bermatlamatkan duit & populariti tanpa mengendahkan nilai budaya & agama. Lebih malang, seolah-oleh konten-konten ini memperbodohkan masyarakat kita.
5. Akhirnya, kita juga yang rugi dengan konten-konten yang langsung tidak mendidik ini. Ini secara tidak langsung memberi kesan kepada anak-anak dan generasi kita seterusnya.
6. Pengamal media & pencipta konten seharusnya lebih gencar & kreatif dalam menghasilkan konten-konten yang benar-benar berkualiti serta bertujuan mendidik masyarakat.
7. Dalam melahirkan sebuah masyarakat yang mempunyai tinggi nilai diri & bertamadun, adalah perlu masyarakat dididik dengan ilmu & nilai yang sebenar.
8. Oleh itu, kami di tim Media ISMA secara sedar mengambil tanggungjawab ini dalam mengisi kelopongan yang ada. Doakan kami, insyaAllah.
9. Saya juga menyeru para pengamal media & pencipta konten untuk bersama-sama dalam arus ini, ayuh!
Ammar Raji
JKP Media & Penerangan ISMA