BANGI, 9 Jun – Beberapa hari lalu, kerajaan telah mengumumkan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang bakal memberikan kelegaan bagi sesetengah sektor.
Namun bagi Ajk Tarbiah Isma,Hj Zaizul Azizi Zaman, insentif tersebut tidak dapat membantu golongan B40 yang lebih memerlukan bantuan.
“Saya faham semua insentif itu bertujuan untuk bantu gerakkan balik kitaran ekonomi, galakkan mereka yang ada duit supaya berbelanja, namun saya tak boleh elak daripada terfikir, bahawa mereka yang sememangnya lebih senang akan jadi lebih kaya, yang mampu beli kereta akan tambah kereta, yang dah ada rumah akan lebih mudah beli rumah ke dua dan ketiga.
“Manakala mereka yang susah akan terus susah, cuma sedikit bantuan yang akan betul-betul sampai kepada mereka?
Tambahnya, perkara ini akan memberikan jurang ekonomi yang lebih besar.
Oleh itu, Zaizul melihat, kerajaan harus memberi subsidi bersasar kepada mereka yang lebih memerlukan.
Pada masa yang sama perkasakan sektor pertanian supaya negara mempunyai jaminan makanan pada masa akan datang dan mewujudkan peluang pekerjaan bagi mereka yang hilang pekerjaan.
Zaizul juga melihat, ini adalah masa yang terbaik untuk kerajaan srukturkan semula ekonomi berasaskan kaum.
“Pecahkan monopoli kaum tertentu, bebas kan supply chain dari cengkaman kartel,” katanya lagi.