Perkuat Bidang Kuasa Menteri Agama, Bukan Melemahkan

1. Saya bimbang dengan perkembangan terbaru Lembaga Tabung Haji (LTH) yang dikatakan bakal meletakkan dibawah seliaan Bank Negara Malaysia. Ini dibuat atas alasan untuk menambahbaik pengurusan dan operasi Tabung Haji agar dapat memberi jaminan perlindungan yang lebih kukuh bagi para pendeposit yang kini mencecah jumlah RM80 bilion.

2. Saya bersetuju dan menyokong sebarang usaha bagi menambah baik pentadbiran LTH. Namun usulan yang dibuat oleh YAB Menteri Kewangan sebagai satu tindakan terkebelakang buat sebuah institusi besar umat Islam.

3. LTH adalah sebuah institusi yang ditubuhkan bukan sahaja sebagai tempat orang Islam menyimpan wang mereka tetapi juga satu institusi yang membina kekuatan ekonomi orang Islam. Dengan meletakkan LTH di bawah BNM, adakah fungsi ini dapat dimainkan?

4. Umum mengetahui bahawa kakitangan BNM tidak semuanya orang Islam. Adakah akhirnya LTH akan diurustadbir oleh orang bukan Islam? Apakah kepentingan umat Islam dapat difahami dan dijamin jika ianya ditadbir oleh bukan Islam?

5. Saya berpandangan bahawa bidang kuasa Menteri Hal Ehwal Agama perlu diperluaskan sebagai asas model negara Islam. Sebenarnya di bawah Jabatan ini telah lengkap dari sudut perundangan, dakwah dan ekonomi. Ianya Boleh menjadi model negara Islam sekiranya diurus tadbir dengan cemerlang oleh orang yang berkelayakan dalam setiap agensi.

6. Sebelum negara melaksanakan syariat Islam, hal ehwal umat Islam harus diamanahkan kepada Menteri Agama. Manakala di peringkat negeri, ianya di bawah bidang kuasa sultan di negeri masing-masing.

7. Saya mencadangkan agensi-agensi di bawah Menteri Agama agar diperkukuhkan, seperti JAKIM, YADIM, YaPEIM, TV Al-Hijrah, IKIM, Yayasan Waqaf, Jabatan Zakat, Jabatan Kehakiman Syari’ah dan LTH.

8. Sebuah model pentadbiran Islam dapat dibangunkan. Mengambil peranan mendidik kefahaman masyarakat (TV Al-Hijrah, IKIM dan Yadim), membangun ekonomi umat Islam (LTH, YaPEIM, Jabatan Zakat Yayasan Waqaf) dan kawalan sosial menerusi Mahkamah Syari’ah.

9. Lantikan seorang Menteri Agama yang professional dan mempuanyai wibawa memperjuangkan Islam adalah sebuah langkah kehadapan untuk menjayakan agenda ini.

Tuan Haji Mohd Tahir Bin Hamdan

Ketua Perhubungan ISMA Negeri Johor

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat