PILIH AHLI KABINET YANG BERINTEGRITI, BEBAS KES JENAYAH

BANGI, 3 Mac- Ahli Jawatankuasa Pusat Ikatan Muslimin Malaysia, Hj. Omar Kassim mencadangkan kepada Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin untuk melantik jemaah menteri daripada kalangan individu yang mendukung perlembagaan dan teras kenegaraan serta berintegriti.

”Perdana menteri kita juga perlu menyemak semula, mana-mana ahli parlimen yang terpalit dengan rasuah dan salah guna kuasa, supaya mereka tidak berada dalam barisan kepimpinan negara,” katanya ketika dihubungi.

Pasa masa yang sama, Omar mahukan agar kerajaan Perikatan Nasional (PN) ini akan teguh menjaga kedaulatan dan keselamatan negara.

Hal ini kerana, banyak kes-kes pendakwaan yang melibatkan kumpulan keganasan dilepaskan tanpa tuduhan.

”Kes pendakwaan terhadap individu-individu yang terlibat dengan kumpulan keganasan seperti Harimau Pembebesan Tamil Eelam (LTTE) mesti dibuka semula.

”Kes penjualan kad pengenalan dan pasport kepada warga asing khususnya dari China mesti dibuka semula. Dan status ribuan pelancong China yang tidak pulang mesti disiasat,” katanya lagi.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat