Tidak kurang kedengaran suara yang meminta agar Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diadakan semula untuk mengekang penularan virus.
Namun Pkp 2.0 bermaksud lebih ramai akan hilang pekerjaan, lebih banyak perniagaan akan bungkus, kerajaan akan kehilangan lebih banyak hasil dan tidak lagi akan mampu menampung pelbagai jenis bantuan kepada rakyat.
Lebih ramai yang akan mengalami masalah jiwa dan berantakan keluarga kerana masalah kewangan, pelajar yang tidak ke IPT dan sekolah akan merosakkan ekosistem ekonomi yang berlegar di sekelilingnya. Pemandu van dan bas sekolah, penjual sate ikan di hadapan sekolah, wak penjual soya di tepi padang, semuanya akan terkesan.
Akhirnya kesan akan sampai kepada semua, termasuk Glc dan akhirnya kakitangan kerajaan yang tetap dan sah jawatan. Tidak ada yang kebal dan tidak mustahil akan ada elaun yang dipotong dan semua akan hidup dengan pendapatan yang kurang. Bank juga tidak akan mampu dan tidak mahu lagi memberi moratorium besar – besaran.
Bila kuasa beli menurun, permintaan juga menurun dan ekonomi akan jatuh, menyebabkan lebih ramai akan hilang pendapatan dan kesan dominonya berantai-rantai.
Sistem kesihatan kerajaan juga tidak akan mampu bertahan jika tiada dana yang cukup dan worst case scenario, semua perlu membayar harga yang lebih mahal untuk mengelakkan sistem kesihatan runtuh.
Dengan tiada kemasukan pelancong luar yang tidak tahu hingga bila, duit tidak mengalir masuk, negara akan kurang wang lagi.
Justeru, hati-hati dengan apa yang anda minta
Dr Hisham Sharif
Aktivis Isma Kubang PasuÂ