PPSMI : STROK DALAM BIDANG PENDIDIKAN

Strok adalah gangguan peredaran darah di otak yang menjejaskan fungsi otak dan boleh menyebabkan kematian. Antara punca strok adalah salur darah tersumbat akibat plak atau gumpalan yang menyebabkan bekalan darah yang membawa oksigen ke otak terjejas dan mengakibatkan sel-sel otak mati. Terdapat juga punca lain seperti saluran darah ke otak bocor atau pecah yang berpunca dari tekanan darah tinggi.

Salur darah yang tersumbat ketika berlaku strok, ibarat sistem pendidikan yang tersekat-sekat akibat daripada perubahan sistem yang terlalu kerap berlaku. Dalam isu pendidikan sesama, perubahan pada sistem pendidikan yang berlaku pada setiap pertukaran menteri hanya akan menyebabkan perkembangan pendidikan menjadi seperti projek gajah putih.

Setiap kali perubahan dasar pendidikan maka ia secara tidak langsung akan melibatkan kos yang tinggi dari sudut penulisan dan penerbitan semula buku teks, pembiayaan kursus untuk tenaga pengajar dan pelbagai lagi.

Selain itu sistem ini pernah dilaksanakan pada tahun 2003 dan dimansuhkan pada tahun 2012 berikutan daripada kajian antarabangsa, Trends in International Mathematics and Saince Study (TIMSS), pencapaian pelajar sekolah di Malaysia dalam bidang sains dan matemetik merosot dengan mendadak ketika sistem berkenaan dilaksanakan.

Perubahan pada sistem pendidikan yang terlalu kerap ini ibarat penyakit strok yang menyerang dalam senyap, membunuh kemampuan, penguasaan dan minat pelajar-pelajar dalam subjek sains dan matemetik, apabila mereka terpaksa mengikut kehendak sistem dan menjadi tikus makmal.

 

Siti Aisah Misbah

Aktivis Isma Alor Gajah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat