ANKARA, 28 Feb- Presiden Turki Recep Tayyib Erdogan mengecam tindakan pembantaian umat Islam di India selepas berlakunya rusuhan kaum yang melibatkan 38 orang terbunuh.
“India sekarang telah menjadi negara di mana pembantaian tersebar luas. Pembantaian apa? Pembantaian Muslim? Oleh siapa? Hindu,” kata Presiden Turki Recep Tayyip Erdogan dalam ucapan yang disiarkan television di ibukota Ankara
Beliau juga menyelar tindakan perusuh yang menyerang kanak-kanak muslim yang sedang belajar di sekolah swasta dengan menggunakan batang besi yang boleh membunuh mereka.
Lapor AFP, setakat ini, Erdogan adalah satu-satunya pimpinan Islam yang lantang memperjuangkan umat Islam di India.
Sehingga ke hari ini seramai 38 orang terbunuh dan lebih 200 orang cedera dalam rusuhan yang melibatkan kaum Hindu dan umat Islam.
Punca rusuhan berlaku apabila Kapil Mishra, ahli politik daripada parti Bharatiya Janata melakukan ucapan yang mahu mengancam pihak perusuh yang menentang undang-undang kerakyatan yang jelas menindas umat Islam di India.
Akibat daripada ucapan rasis itu, perusuh kaum India mula melakukan serangan ke atas penduduk Muslim sehingga ada yang membakar rumah dan memukul tanpa belas kasihan.