Ragam Anak : Refleksi buat Ibu Bapa

Dalam mengajar anak-anak, kita akan menghadapi pelbagai perangai dan ragam mereka. Apabila anak semakin ramai, maka bertambah ragam yang perlu diuruskan.

Ramai juga dalam kalangan ibubapa yang terkesan daripada sudut emosi dalam menguruskan hal tersebut. Sering kali kita mendengar ;
“Berapa kali pak nak ajaq ni, tak ingat-ingat jugak “
“Mak tak larat ni, hangpa asyik menyusahkan mak ja”

Oleh itu, ibu bapa harus membuat refleksi diri sebelum marahkan anak-anak :

1) Refleksi diri
Penting untuk para ibubapa mengendalikan emosi diri sendiri terlebih dahulu sebelum mengendalikan anak. Kemungkinan stress yang kita alami, kita lepaskan kepada anak-anak kita.

2) Bonding time
Anggaplah masa yang kita luangkan bersama anak-anak adalah untuk mengeratkan hubungan bersama mereka. Bagaimana nak ‘engage’ dengan mereka ? Perlu kenali anak-anak kita punya learning style : auditory/visual/kinesthetic.

3) Cuba Memahami
Dengan cuba memahami anak-anak, kita akan ‘lower the expectation’ kita yang menjadi sebab kita stress dengan anak- anak. Perkara ini juga akan dapat mengelakkan kita terlepas pandang isu-isu berkaitan anak-anak kita seperti lewat perkembangan, hiperaktif dan lain-lain.

4) Doa
Berdoalah untuk anak-anak kita. Bukan sahaja menjadi anak yang bijak tetapi menjadi anak yang soleh. Mereka juga adalah pewaris kita di masa hadapan. Saya pernah berjumpa remaja 16 tahun berhenti belajar untuk menyara ayah yang tidak mampu bekerja disebabkan sakit buah pinggang yang memerlukan dialisis.

Moga bermanfaat..!

Dr. Mohd Firdaus bin Abdul Hamid
Pegawai Perubatan di Jabatan Psikiatri, Hospital Sultanah Bahiyah.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat