BANGI, 10 Jun – Ketua Pemuda Isma, Ariffin Manan menggesa agar rakyat Malaysia dapat membantu merancakkan ekonomi tempatan selepas pakar menjangkakan negara akan mengalami kemelesetan ekonomi yang teruk dalam tempoh enam bulan.
Sarannya, bagi merancakkan lagi ekonomi negara rakyat haruslah memilih untuk berbelanja di kedai tempatan, melancong di dalam negeri, membeli minyak petronas dan menyokong perusahaan rakan-rakan yang hilang pekerjaan.
Katanya lagi, melancong di dalam negara bakal menghidupkan rantaian ekonomi tempatan.
“Bilik hotel ditempah hanya dalam tempoh sejam adalah berita gembira.
“Apabila hotel dan resort kembali mendapat tempahan, aktiviti ekonomi di dalam rangkaian mereka akan turut hidup,” katanya.
Harapnya lagi, supaya Malaysia dapat menghadapi kemelesetan ekonomi dengan baik sebagaimana negara dapat menguruskan ancaman Covid-19..
ali mendapat tempahan, aktiviti ekonomi di dalam rangkaian mereka akan turut hidup,” katanya.