Oleh : Mohd Khairul bin Ahmad Nordin
JOHOR BAHRU, 13 Feb – Relawan Muda merupakan inisiatif daripada Pemuda Isma untuk terus memperkasa semangat kesukarelawanan terutama dalam kalangan orang muda. Ianya merupakan satu platform yang menyediakan program dan aktiviti yang memerlukan bantuan sukarelawan yang berminat untuk membantu dalam sesuatu misi yang dijalankan.
Ianya menampakkan hasil apabila sekumpulan anak muda turut turun membantu bagi perlaksanaan misi bantuan pasca banjir 2021 anjuran Yayasan Ikhlas dan Permodalan Nasional Berhad(PNB) yang telah dijalankan pada 13 Februari bertempat di Dewanraya Kempas Baru di sini semalam.
Kira-kira 20 orang anak muda yang telah mendaftar melalui saluran yang dihebahkan dapat turut sama membantu bagi penyediaan majlis simbolik penyerahan bantuan yang disempurnakan oleh Encik Mohd Hatta Bin Mohd Dah, Pengurus Operasi Yayasan Ikhlas dan Encik Hairul Bin Hamid, Penghulu Mukim Tebrau.
Majlis tersebut yang dijalankan mengikut SOP yang telah ditetapkan berikutan masih berada dalam perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan(PKP) itu juga turut dihadiri oleh Encik Muzhaffar Bin Mohd Zaki, YDP Isma Johor Bahru dan Dr Omar Bin Abdul Aziz, YDP Isma Iskandar Puteri yang turun padang bagi meninjau penglibatan Relawan Muda Isma yang hadir.
Relawan Muda terbuka untuk disertai oleh anak muda dan mereka yang berminat boleh menghubungi Encik Fhirdaus 0197844887 atau Encik Ahmad Nor 0187634803.