1. Hari ini Majlis Gereja Malaysia (CCM) telah mengecam dan mempertikaikan kenyataan saya dalam ucapan alu-aluan saya sewaktu Konvensyen Perpaduan Ummah Nasional baru-baru ini.
Pautan berita: https://www.malaymail.com/…/churches-want-action-af…/1784479
2. Saya hanya menyatakan fakta dan realiti yang berlaku di akar umbi masyarakat di Malaysia.
3. Saya bercakap merujuk kepada laporan ‘Pendedahan Agenda Kristian’ terbitan Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) pada 2014 setebal 129 muka surat.
Muat turun laporan MAIS: http://www.mais.gov.my/info-mais/informasi/penerbitan/muat-turun/34-buku-pendedahan-agenda-kristian-completed/file?fbclid=IwAR1-Q7DZh6bAB8HyhEN99EFbpYD1C5sttrUi2CYB8h3yonU-81HdXzRuAq8
4. Bukan itu sahaja, banyak lagi bukti kristianisasi yang kita boleh dapati dengan mudah di internet terutamanya dari laman-laman web kristian evengelis antarabangsa yang mempunyai ‘special interest’ dan ‘special project’ di Malaysia.
Rancangan The Joshua Project di Malaysia: joshuaproject.net/countries/MY
5. Selain itu, penulis antarabangsa Iain Buchanan ada menulis secara spesifik di dalam bukunya ‘Sang Nila Utama and The Lion of Judah’ mengenai Dominionisme dan Zionisme Kristian di Malaysia.
Muat turun e-buku: https://akarimomar.files.wordpress.com/2015/02/sang-nila-utama-and-the-lion-of-judah.pdf?fbclid=IwAR2Z9JPfPKHpiTvBNzfryVz6NIhnqLKo0k3hMlNn8KEV0ECslZpix3c7CyI
6. Harap ini membuka mata semua pihak dan menyedari bahawa semua ini sedang berlaku di Malaysia.
Aminuddin Yahaya
Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH) / Presiden Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA)
27 Ogos 2019