Sajak buat Pimpinan Isma

AGM datang lagi.
Semboyan buat barisan pemuda pemudi
Meneruskan agenda dakwah buat ummah
Mengemudi pimpinan dengan penuh izzah

Buatmu yang terpilih untuk menggalas
Ucapan buat antuna tahniah dan syabas
Namun jangan sesekali kamu culas
Bersiap siagalah dalam menghadapi tugas
Agar kamu tidak tertewas

Dengarkan taujihat daripada yang lama
Buat panduan dan ingatan bersama
Amal fardi jadi asas kekuatan diri
Inilah tunjang kejayaan sebuah organisasi

Ayuh!
Perkasa serta gilap potensi setiap ahli usrah
Pautkan kepercayaan tautkan ukhuwwah
Kitalah aset sebenar rantaian dakwah
Tanpa kita terputuslah seruan buat ummah

Adabiat jamaie bukan sekadar pengisian
Perlu dihadam dan diaplikasi setiap kepimpinan
Agar emosi sentiasa dalam kawalan
Tidak membuta tuli dalam membuat keputusan

Budaya kerja jadi ukuran
Ibarat makanan pelincir kepada gerakan
Bukan diambil secara runcit runcitan
Objektif jadi keutamaan sasaran
Bukan sekadar memenuhi taqwim tahunan

Kepimpinan ibarat seni
Ada qudamak yang kita disanjungi
Namun jangan sampai kita dibayangi
Setiap manusia mampu jadi lagenda tersendiri

Duhai pemimpin pilihan Ilahi
Tiada kekuatan melainkan kurniaan dari Rabbul Izzati
Sentiasalah mohon taufiq dan hidayah
Setiap kali meneruskan setiap langkah

Jatuh bangun dalam dakwah
Sudah jadi sunnah para mujahid mujahidah
Jangan sesekali kamu mengalah
Kerana syurga itu terlalu indah.

 

Nukilan : Assolehah

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat