Satu Renungan: Adakah Ahli Politik Sekarang Boleh Diharap?

Pergolakan politik semasa memberi petunjuk, kebarangkalian untuk ada parti politik yang mempunyai kuasa dominasi atau majoriti boleh kata rendah. Paling tidak pun untuk masa terdekat dan PRU yang seterusnya.

Boleh bayang akan jadi kerajaan gabungan dalam keadaan semua pun tahu tidak ada dua parti yang betul “ngam”, semuanya ada kepentingan, hala tuju, kroni, ideologi dan masalah tersendiri. Andaikata perbezaan majoriti tipis, tak perlu terkejut sekiranya ada kes lompat-lompat lagi.

Walaupun setiap parti ada bintang-bintang dia, tiada parti yang tiada badut (kalau nak ganti dengan perkataan kasar lagi, boleh ganti dengan bahlol).  Isu wakil rakyat yang parti angkat kemudian dipilih rakyat dari kalangan perasuah, penipu, lemah kompetensi dan sebagainya. Ini semua baru selapis sahaja masalah.

Paksi kuasa dalam negara pun bukan terletak di tangan ahli politik sahaja. Masalah yang dah berakar umbi dari kalangan penjawat awam atau jabatan kerajaan yang tak kisahlah parti politik manapun memerintah orang sama masih buat kerja(baca:masalah) sama.

Masalah taikun, kapitalis yang mendanai, menyuap parti-parti politik, sindiket bolot tender, bersangkut paut pula dengan kongsi gelap luar negara. Barah ini bukan pada level kayangan sahaja, ada masa sampai mat despatch pun nak bahagian dia juga, begitu juga pada setiap peringkat perantara. Dan macam-macam lagilah.

Kalau sembang masalah ini memang tak akan habis, tak kisahlah pada peringkat tertinggi, pertengahan bahkan marhaen sekalipun. Agaknya bagaimana nak selesaikan semua ini? Dan seandainya cara itu wujud, siapa yang akan selesaikan masalah semua ini? Siapa atau gerakan mana yang akan atau mampu atau sanggup membuat “intervention” kepada segala sistem/masalah sedia ada?

Dan seandainya boleh, adakah boleh selesai segera atau dalam time frame satu/dua penggal?

Adakah ahli politik sekarang boleh diharap?

Suhaib b Badrol
Aktivis ISMA Kuala Lumpur

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Scroll to Top

Daftar sebagai ahli isma hari ini dan bersama membangun umat